Pantun Nasihat Hormati Ibu Bapa

 Assalamualaikum dan hai peminat pantun semua!

        Bertemu kembali lagi kita dalam koleksi pantun. Masih bersama saya Anis dan kali ini saya akan memberikan anda beberapa rangkap pantun nasihat bertajuk Hormati Ibu BapaOkey, Jom kita tengok!


Hnggap merpati di pohon meranti,

Pohon meranti di tepi rumah Cik Siti,

Nasihat ibu bapa harus diikuti,

Agar hidup sentiasa diberkati.


Menonton kartun cerita sang puteri, 

Sang puteri dari kerajaan Gerhana. 

Andai kita mahu hidup dirahmati,

Sentiasa doakan kesejahteraan ibu bapa.


Dunia dilanda wabak berbahaya,

Semua di rumah tak kira siapa, 

Kalau mahu jadi insan berguna,

Jagalah adab dengan ibu bapa kira.  


Di dalam jeruk mangga ada cuka, 

Walaupun masam ramai yang suka,

Jangan sesekali memalukan keluarga, 

Agar maruah ibu bapa terus terjaga. 


Berjalan ke pekan Encik Mustafa, 

Untuk membeli buah nangka, 

Sejahat manapun ibu bapa kita,

Jangan sesekali mencela mereka.


Malam raya memasang pelita,

Pelita dipasang sekeliling dewan budaya,

Balaslah jasa kedua orang tua kita, 

Bekorbankan harta dan masa demi kita.


Okey, itu sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi di lain hari dengan izinNya di laman web berikut Minarpantun.blogspot.com. okey! Bye! Assalamualaikum.        

Comments