Pantun Kemerdekaan

 Assalamualaikum dan salam perkenalan di dalam alam maya semua!❤

Saya Anis blogger baru di sini.  Untuk post pertama saya, saya akan menyajikan anda dengan beberapa rangkap pantun sempena bulan kemerdekaan ini. Harap ia bermanfaat untuk semua! 

Sang petani menanam labu,

Labu dibeli oleh  tuan hartawan, 

Hargai jasa pahlawan terdahulu, 

Berkorban nyawa demi kemerdekaan.

         

Puan Siti melancong ke Russia,

Melancong bersama Puuan Maya, 

Kepada semua rakyat Malaysia,

'Happy Independence Day' dari saya.     


Buah dokong terasa kelat, 

Dibeli dari gerai Pak Syuor, 

Negara Malaysia negara berdaulat,

Pemimpinnya adil rakyatnya makmur. 


Orang isIam wajib menunaikan solat,

Tidak boleh diabai tidak boleh diendah,

31 Ogos menjadi tarikh keramat, 

Tarikh Malaysia bebas dari dijajah.  

      

Pergi ke singki mencuci muka, 

Mencuci muka dengan produk ternama,

Sudah 64 tahun Malysia merdeka, 

Selamat kemerdekaan kepada semua.


Mak Cik Leha membeli bubur, 

Bubur dibeli dari Pak Muthu,

Rakyat Malaysia kini perlu bersyukur,

Kerana pahlawan terdahulu kita bersatu, 


Harap bermanfaat kepada anda yang membaca dan sebelum saya terlupa saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malysia. Jangan lupa untuk membaca lebih banyak pantun dalam Koleksi Pantun di laman web berikut  Minatpantun.blogspot.com. Terima kasih ! ☺

Bye! Jumpa lagi dengan iznNya.




Comments